Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt. saya ucapkan pada semua.
Baru-baru ini saya mendapat satu pertanyaan melalui e-mail mengenai perkiraan waktu imsak yang sebenar kerana ada sesetengah pihak mengatakan berhenti makan selepas azan dan ada sesetengah pihak mengatakan berhenti makan sebelum azan.
Maka di sini saya sertakan dalil mengenai sahur dan waktu imsak yang mungkin dapat meleraikan kecelaruan yang berlaku pada sesetengah pihak mengenai waktu sebenar imsak.
Sesetengah pihak yang mengatakan dibenarkan makan walaupun telah azan kerana mereka berpegang kepada satu dalil daripada hadith Rasulullah saw. iaitu :
"HR. Turmudzi: Dari Samurah bin Jundub ra., ia mengatakan : Rasulullah saw. mengatakan : Janganlah adzan Bilal melerai sahur kalian, dan juga fajar yang memanjang, akan tetapi (yang melerai adalah) fajar yang menyebar di ufuk."
Akan tetapi sebenarnya Rasulillah saw. juga pernah bersabda :
"HR. Bukhari : Dari Abdullah bin Mas’ud, dari Nabi saw., ia mengatakan : Janganlah adzan Bilal mencegah salah satu di antara kalian dari makan sahurnya , karena ia mengumandangkan adzan di tengah malam, untuk mengingatkan di antara kalian yang bangun dan untuk membangunkan di antara kalian yang tidur.
kemudian disokong pula oleh :
"HR. Bukhari : .. Dari ‘Aisyah ra., dari Nabi saw., ia mengatakan : Sesungguhnya Bilal mengumandangkan adzan di malam hari, Maka Rasulullah saw. bersabda : Makan minumlah kalian sampai Ibnu Ummi Maktum adzan. Karena dia tidak akan adzan kecuali setelah terbitnya fajar siddiq."
Hal ini adalah kerana pada zaman Rasulullah saw. terdapat 2 muadzin iaitu Bilal bin Rabbah dan Ibnu Ummi Maktum. Bilal bin Rabbah azan lebih awal kerana ingin mengejutkan manusia agar bangun dan bersahur selepasitu mempersiapkan diri untuk solat subuh. Manakala Ibnu Ummi Maktum azan apabila beliau melihat fajar siddiq.
Perkiraan sebenar waktu imsak sebenarnya terdapat dalam satu dalil iaitu :
diriwayatkan dari Anas ra. dari Zaid bin Tsabit bahwa dia pernah berkata :
"Kami pernah makan sahur bersama Nabi saw., kemudian kami berangkat solat (subuh). Maka aku (Anas) berkata : "Berapa lama jarak antara adzan dan makan sahur? Ia (Zaid) menjawab :(kira-kira bacaan lima puluh ayat dari Al-Qur’an)."
Nyata di sini, waktu imsak Rasulullah saw. adalah pada kadar bacaan 50 ayat Al-Quran. Inilah yang difahami oleh para ulama lalu membuat kesimpulan bahawa waktu imsak ialah pada kadar bacaan 50 ayat Al-Quran iaitu pada kadar 10 hingga 15 minit.
Maka daripada nas-nas di atas dapat kita simpulkan di atas adalah waktu imsak adalah pada kadar 10 hingga 15 minit sebelum masuk waktu subuh dan pada terbitnya fajar siddiq.
Fajar siddiq adalah cahaya yang mula-mula timbul di langit dan kemudiannya akan menerangi langit sedikit demi sedikit.
Sekian pendapat saya.
Yang baik datang daripada Allah swt, dan yang buruk datang daripada khilaf saya sendiri.
Wallahualam.
Thursday, July 18, 2013
Friday, May 31, 2013
Adakah bermain gitar itu hukumnya haram?
Menjawab persoalan mengenai hukum bermain gitar. Adakah ianya haram?
Jawapannya ialah TIDAK ADA sebarang nas yang mengatakan tentang gitar di dalam mana-mana hadith sahih. Oleh sebab itu berlakunya Khilaf Ulama' tentang hukum bermain gitar ini.
Berikut adalah pendapat Ulama' Mazhab :
Imam Hanafi : Haram bermain semua alat muzik kecuali kompang.
Imam Hambali : Haram bermain alat muzik yang bertali.
Imam Maliki : Haram bermain alat muzik yang bertali.
Imam Syafie : Haram bermain alat muzik yang bertali, ditiup dan dipalu kecuali kompang.
Disebabkan berlakunya perselisihan pendapat di kalangan ulama', maka disimpulkan bahawa hukum bermain alat muzik adalah HARUS kerana tidak ada dalil yang sahih mengenai pengharaman jenis alat-alat muzik. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam kitab beliau Al-Islam Wa Al-Fanu.
Namun hukum HARUS bermain gitar ini adalah bersandarkan pada beberapa SYARAT :

- Hanya untuk hiburan sendiri sahaja.
- Tidak bercampur dengan perkara yang haram seperti arak, zina dan sebagainya.
- Tidak dijadikan sumber pendapatan.
- Tidak melalaikan dan tidak menyebabkan orang lain lalai daripada tanggungjawab.
Oleh itu janganlah kita melemparkan hukum sesuka hati tanpa merujuk pada pendapat ulama' yang arif tentang hukum-hakam.
"katakanlah (wahai Muhammad) : Siapakah yang (berani ) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezki yang dikurniakanNya?"
(Al-A'raf :32)
***
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan yang buruk itu datang daripada khilaf saya sendiri. Wallahualam...

Siapa dia yang bergelar Imam Asy-Syafie?
Sedikit penerangan tentang Imam Syafie.
Imam Syafie adalah imam yang paling popular dan ramai pengikutnya mungkin kerana beliau daripada keluarga Quraisy yang nasabnya berkait dengan Rasulullah s.a.w.
Nama sebenar adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Imam Syafie masih kanak-kanak. Ada pendapat lain mengatakan bapanya meninggal ketika beliau masih di dalam kandungan ibu.
Menurut Al-Hakim, nama ibu Imam Syafie adalah Fatimah binti Abdullah binti Al-Hasan bin Husain bin Ali bin Abi Talib. Tapi pendapat yang popular mengatakan ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah dari kabilah Yaman dari suku Uzd.
Beliau dilahirkan di kota Gaza, Palestin pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu adalah khalifah Abu Jaafar Al-Mansur dari Bani Abbasiyah.
Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Quran. Beliau mula menghafal Quran sejak berusia sembilan tahun. Selama 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab Al-Muwatta' yang ditulis oleh Imam Malek. Beliau mempunya suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjidil Haram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau disanjung masyarakat. Beliau meninggal dunia di Mesir tahun 204 Hijrah ketika berumur 54 tahun.
Pandangan tentang Imam Syafie.
Imam Malik bin Anas berkata, "Tidak ada lagi keturunan Quraisy lebih pandai daripada Imam Syafie."
Imam Ahmad bin Hanbal berkata, "Saya belum faham mengenai ilmu hadis kecuali selepas belajar dengan Imam Syafie."
Imam Ahmad bin Hanbal berkata lagi, "Wahai anakku, Imam Syafie itu seperti matahari bagi dunia, dan seperti kesihatan bagi tubuh. Fikirlah adakah gunanya selain dari dua ini?"
Imam Muhamad Al-Hakam berkata, "Saya belum pernah berjumpa dengan seorang yang lebih mengetahui cerdik akalnya, lebih cerdas fikirannya, lebih cermat amalannya, lebih fasih lidahnya, daripada Imam Syafie."
Imam Muhamad berkata lagi, "Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui berkenaan usul fiqah selain Imam Syafie."
Basyrat Muraisi seorang pengkaji sejarah dan pengikutnya berkata, "Akal Imam Syafie menyamai akal separuh penduduk dunia. Beliau lebih suka membicarakan soal pokok daripada soal furuk."
Ibnu Ruhuwaih pula berkata, "Imam Syafie memiliki lidah yang fasih dan iman yang teguh. Beliau adalah ahli pidato yang mengetahui rahsia kejiwaan."
***bersambung...

Saturday, April 20, 2013
Jihad dan Syuhada
Bismillahirrahmanirrahim...
Sudah sering kita dengar barangkali bahawa Islam amat menitikberatkan perihal jihad dan mati syahid.
Daripada Abdullah bin Abu Aufa r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Syurga di bawah naungan pedang."
Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Tapi amat penting juga bagi kita untuk memahami konsep jihad yang sebenar. Jihad yang sering kita dengar adalah jihad memperjuangkan agama sehinnga ke titisan darah yang terakhir.
Daripada Abu Musa Al-Asy'ari, Nabi s.a.w. bersabda : "Siapa yang berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia berada di jalan Allah."
Daripada Abu Musa Al-Asy'ari, Nabi s.a.w. bersabda : "Siapa yang berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia berada di jalan Allah."
Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Mati yang dikatakan sebagai mati syahid adalah mati demi mempertahankan hak sebagai muslim. Sesiapa yang mati ketika mempertahankan hartanya, agamanya, nyawanya, dan nyawa ahli keluarganya juga adalah orang yang tergolong dalam kalangan syuhada.
Daripada Said bin Zaid r.a., Nabi s.a.w bersabda: "Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, ia adalah syahid."
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Sesiapa yang mati sedangkan ia belum berperang dan tidak pernah berbicara kepada dirinya tentang peperangan, nescaya ia mati di satu cabang nifak."

Hadith Riwayat Al-Tirmizi dan An-Nasa'i.
Sebagai umat Islam adalah wajib bagi kita untuk berniat mati syahid walaupun tidak berkesempatan. Kerana syahid adalah cita-cita besar bagi umat Islam.
Daripada Sahl bin Hunaif r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang bermohon kepada Allah agar ia syahid dengan niat yang sebenar, nescaya Allah akan menyampaikannya kepada kedudukan para syuhada sekalipun ia mati di tempat tidurnya."

Hadith Riwayat Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Sesiapa yang mati sedangkan ia belum berperang dan tidak pernah berbicara kepada dirinya tentang peperangan, nescaya ia mati di satu cabang nifak."
Hadith Riwayat Muslim.
Jadi marilah kita bersama, mulai hari ini tanamkan dalam diri kita satu semangat baru, semangat untuk menjadi syuhada dan semoga apa yang kita lakukan di dunia ini, diiringi oleh pahala jihad, insyaAllah.
Renung-renungkan..
Renung-renungkan..
Monday, April 15, 2013
Diam lebih baik?
Daripada Anas r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sifat diam itu adalah hikmat dan sangat sedikit yang mampu melakukannya."
Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah dia bercakap tentang perkara baik atau diam. Justeru Imam Syafi'e menyatakan maksud hadith ini adalah apabila seseorang hendak bercakap sesuatu hendaklah dia berfikir dahulu. Jika tidak terjadi apa-apa yang buruk maka bolehlah bercakap tetapi apabila sebaliknya hendaklah dia diam.
Abu Qassim Al-Qusyairi ada mengatakan bahawa diam yang tepat pada masanya adalah sangat mulia kerana Rasulullah s.a.w. mengajar kepada umatnya untuk bercakap tentanng perkara yang baik, jika tidak, seeloknya dia diam.
"Sesungguhnya engkau sentiasa sejahtera selama engkau diam. Tetapi apabila engkau berkata-kata, ditulis bagi engkau (yang baik atau yang jahat)."
Hadith ini diriwayatkan oleh Mu'az bin Jabal.
Ada peribahasa arab mengatakan agar berhati-hati dalam menggunakan lidah :
"Lidah seperti seekor anjing gila yang bila tidak diawasi dia akan menerkam."
Sayidina Ali r.a. ada menyatakan bahaya jika tidak menjaga kata-kata dalam sajaknya :
"Kerana tergelincir, meninggalnya pemuda,
Tergelincir kaki tidak mengapa,
Kerana lidah hilanglah kepala,
Luka di kaki sembuh seketika."
Namun adakalanya kita tidak boleh diam sepanjang masa, perlu untuk kita tahu bila masanya untuk kita berbicara dan bila masanya untuk kita diam.
Dalam kitab karangan Ahmad Safuan Al-Karami ada menyebut beberapa jenis diam :
- Diam yang bodoh : Diam kerana tidak tahu apa yang perlu dikatakan kerana kurang ilmu pengetahuan dan kurang pemahaman. Namun diam ini lebih baik daripada memaksa diri bercakap sedangkan tidak tahu apa-apa.
- Diam yang malas : Suaru keburukan apabila kita diam ketika orang memerlukan kita untuk bercakap. Kita diam kerana malas melayan atau tidak berminat.
- Diam sombong : Satu lagi jenis diam yang negatif. Diam kerana orang yang mengajak bercakap itu dilabelkan tidak setaraf dengannya.
- Diam khianat : Diam bertujuan menzalimi orang lain.
- Diam marah : Diam yang ada baik dan buruknnya. Baiknya adalah dengan niat untuk menjauhi perbalahan dan buruknya adalah apabila menyimpan dendam.
- Diam utama : Diam tetapi berfikir, merenung, dengan niat yang baik.
Firman Allah dalam Surah A-Baqarah, ayat 83 :
"Dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia."
Al-Sobuni berkata perkataan yang baik adalah dengan ucapan yang merendahkan suara, bahasa yang lembut dan enak didengar.
Sebaik-baiknya adalah kita untuk berdiam diri kena pada tempatnya. Jika percakapan kita boleh membawa kepada keburukan, berpecah belah, saling membenci, adalah lebih baik untuk kita diam. Namun jika percakapan kita boleh membawa perubahan ke arah yang lebih baik sama ada untuk diri kita atau pun orang lain, adalah lebih baik kita bercakap.
Renung-renungkan..
Wednesday, April 10, 2013
Kemanisan dalam persaudaraan.
Secara umumnya kita sedia maklum bahawa setiap muslimin itu adalah bersaudara, bukan atas faktor darah keturunan, tetapi atas faktor agama.
Persaudaraan yang berlandaskan paksi yang betul akan membawa kemanisan dalam aspek kehidupan dan membawa kepada keredhaan Allah SWT.
Tetapi kita juga harus menjaga hak-hak dalam persaudaraan agar tidak berlaku perselisihan pendapat.
Terdapat beberapa dalil berkenaan hubungan persaudaraan.
Hadith Riwayat Abu Daud dan Al-Bukhari.
Hadith ini menerangkan bahawa sesungguhnya setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara dan secara tidak langsung menjadi cermin kepada satu sama lain. Ini bermakna amanah sebagai saudara adalah saling ingat memperingati antara satu sama lain ke arah kebaikan.

- Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Seorang mukmin adalah cermin kepada mukmin yang lain. Dan seorang mukmin adalah saudara kepada mukmin yang lain."
Hadith Riwayat Abu Daud dan Al-Bukhari.
Hadith ini menerangkan bahawa sesungguhnya setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara dan secara tidak langsung menjadi cermin kepada satu sama lain. Ini bermakna amanah sebagai saudara adalah saling ingat memperingati antara satu sama lain ke arah kebaikan.
- Daripada Abu Musa Al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya seorang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain."
Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Di sini pula, hadith ini menerangkan betapa pentingnya menjaga hubungan persaudaraan dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
Dalam hadith ini Nabi s.a.w menyatakan bahawa setiap umat Islam adalah bersaudara dan kita dilarang untuk menzalimi, menganiaya dan menghina sesama saudara Islam.
- Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi s.a.w. : "Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."
Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Dalam hadith ini Nabi s.a.w menyatakan bahawa setiap umat Islam adalah bersaudara dan kita dilarang untuk menzalimi, menganiaya dan menghina sesama saudara Islam.
- Daripada Anas r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri."
Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Di sini pula, kita dituntut agar mengasihi sesama saudara dan menjaga silaturrahim sesama kita.
- Daripada Miqdam bin Ma'di Kariba r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Apabila seseorang insan mengasihi saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihinya."
Hadith Riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi.
Apabila kita mengasihi saudara yang lain, adalah digalakkan oleh Nabi s.a.w. agar kita memberitahu pada saudara kita kerana kasih sayang itu milik Allah, dan mudah-mudahan apabila kasih sayang dalam persaudaraan itu bertaut kerana Allah, mudah-mudahan akan mendatangkan keberkatan kepada kita.
Di atas telah saya gariskan beberapa panduan hadith Rasulullah s.a.w. berkenaan persaudaraan. Semoga sama-sama kita meraih kasih sayang dan rahmat Allah SWT. Tidak ada ruginya jika kita menjalinkan silaturrahim sesama kita, setiap orang yang beragama Islam itu adalah bersaudara. Sebelum saya mengundur diri, saya bekalkan sepotong lagi hadith agar menjadi renungan kita bersama. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat menjalinkan silaturrahim dan menguatkan lagi ukhwah sesama muslim.
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah silaturrahim."

Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah khilaf diri saya sendiri.
Assalamualaikum w.b.t.
Assalamualaikum w.b.t.
Mula mempunyai blog semula
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hari ini, aku telah membuat keputusan untuk ber'blogging' semula.
Hari ini, aku telah membuat keputusan untuk ber'blogging' semula.
Subscribe to:
Posts (Atom)