Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt. saya ucapkan pada semua.
Baru-baru ini saya mendapat satu pertanyaan melalui e-mail mengenai perkiraan waktu imsak yang sebenar kerana ada sesetengah pihak mengatakan berhenti makan selepas azan dan ada sesetengah pihak mengatakan berhenti makan sebelum azan.
Maka di sini saya sertakan dalil mengenai sahur dan waktu imsak yang mungkin dapat meleraikan kecelaruan yang berlaku pada sesetengah pihak mengenai waktu sebenar imsak.
Sesetengah pihak yang mengatakan dibenarkan makan walaupun telah azan kerana mereka berpegang kepada satu dalil daripada hadith Rasulullah saw. iaitu :
"HR. Turmudzi: Dari Samurah bin Jundub ra., ia mengatakan : Rasulullah saw. mengatakan : Janganlah adzan Bilal melerai sahur kalian, dan juga fajar yang memanjang, akan tetapi (yang melerai adalah) fajar yang menyebar di ufuk."
Akan tetapi sebenarnya Rasulillah saw. juga pernah bersabda :
"HR. Bukhari : Dari Abdullah bin Mas’ud, dari Nabi saw., ia mengatakan : Janganlah adzan Bilal mencegah salah satu di antara kalian dari makan sahurnya , karena ia mengumandangkan adzan di tengah malam, untuk mengingatkan di antara kalian yang bangun dan untuk membangunkan di antara kalian yang tidur.
kemudian disokong pula oleh :
"HR. Bukhari : .. Dari ‘Aisyah ra., dari Nabi saw., ia mengatakan : Sesungguhnya Bilal mengumandangkan adzan di malam hari, Maka Rasulullah saw. bersabda : Makan minumlah kalian sampai Ibnu Ummi Maktum adzan. Karena dia tidak akan adzan kecuali setelah terbitnya fajar siddiq."
Hal ini adalah kerana pada zaman Rasulullah saw. terdapat 2 muadzin iaitu Bilal bin Rabbah dan Ibnu Ummi Maktum. Bilal bin Rabbah azan lebih awal kerana ingin mengejutkan manusia agar bangun dan bersahur selepasitu mempersiapkan diri untuk solat subuh. Manakala Ibnu Ummi Maktum azan apabila beliau melihat fajar siddiq.
Perkiraan sebenar waktu imsak sebenarnya terdapat dalam satu dalil iaitu :
diriwayatkan dari Anas ra. dari Zaid bin Tsabit bahwa dia pernah berkata :
"Kami pernah makan sahur bersama Nabi saw., kemudian kami berangkat solat (subuh). Maka aku (Anas) berkata : "Berapa lama jarak antara adzan dan makan sahur? Ia (Zaid) menjawab :(kira-kira bacaan lima puluh ayat dari Al-Qur’an)."
Nyata di sini, waktu imsak Rasulullah saw. adalah pada kadar bacaan 50 ayat Al-Quran. Inilah yang difahami oleh para ulama lalu membuat kesimpulan bahawa waktu imsak ialah pada kadar bacaan 50 ayat Al-Quran iaitu pada kadar 10 hingga 15 minit.
Maka daripada nas-nas di atas dapat kita simpulkan di atas adalah waktu imsak adalah pada kadar 10 hingga 15 minit sebelum masuk waktu subuh dan pada terbitnya fajar siddiq.
Fajar siddiq adalah cahaya yang mula-mula timbul di langit dan kemudiannya akan menerangi langit sedikit demi sedikit.
Sekian pendapat saya.
Yang baik datang daripada Allah swt, dan yang buruk datang daripada khilaf saya sendiri.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment