Sedikit penerangan tentang Imam Syafie.
Imam Syafie adalah imam yang paling popular dan ramai pengikutnya mungkin kerana beliau daripada keluarga Quraisy yang nasabnya berkait dengan Rasulullah s.a.w.
Nama sebenar adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Imam Syafie masih kanak-kanak. Ada pendapat lain mengatakan bapanya meninggal ketika beliau masih di dalam kandungan ibu.
Menurut Al-Hakim, nama ibu Imam Syafie adalah Fatimah binti Abdullah binti Al-Hasan bin Husain bin Ali bin Abi Talib. Tapi pendapat yang popular mengatakan ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah dari kabilah Yaman dari suku Uzd.
Beliau dilahirkan di kota Gaza, Palestin pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu adalah khalifah Abu Jaafar Al-Mansur dari Bani Abbasiyah.
Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Quran. Beliau mula menghafal Quran sejak berusia sembilan tahun. Selama 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab Al-Muwatta' yang ditulis oleh Imam Malek. Beliau mempunya suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjidil Haram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau disanjung masyarakat. Beliau meninggal dunia di Mesir tahun 204 Hijrah ketika berumur 54 tahun.
Pandangan tentang Imam Syafie.
Imam Malik bin Anas berkata, "Tidak ada lagi keturunan Quraisy lebih pandai daripada Imam Syafie."
Imam Ahmad bin Hanbal berkata, "Saya belum faham mengenai ilmu hadis kecuali selepas belajar dengan Imam Syafie."
Imam Ahmad bin Hanbal berkata lagi, "Wahai anakku, Imam Syafie itu seperti matahari bagi dunia, dan seperti kesihatan bagi tubuh. Fikirlah adakah gunanya selain dari dua ini?"
Imam Muhamad Al-Hakam berkata, "Saya belum pernah berjumpa dengan seorang yang lebih mengetahui cerdik akalnya, lebih cerdas fikirannya, lebih cermat amalannya, lebih fasih lidahnya, daripada Imam Syafie."
Imam Muhamad berkata lagi, "Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui berkenaan usul fiqah selain Imam Syafie."
Basyrat Muraisi seorang pengkaji sejarah dan pengikutnya berkata, "Akal Imam Syafie menyamai akal separuh penduduk dunia. Beliau lebih suka membicarakan soal pokok daripada soal furuk."
Ibnu Ruhuwaih pula berkata, "Imam Syafie memiliki lidah yang fasih dan iman yang teguh. Beliau adalah ahli pidato yang mengetahui rahsia kejiwaan."
***bersambung...
No comments:
Post a Comment