Friday, May 31, 2013

Adakah bermain gitar itu hukumnya haram?

Menjawab persoalan mengenai hukum bermain gitar. Adakah ianya haram?

Jawapannya ialah TIDAK ADA sebarang nas yang mengatakan tentang gitar di dalam mana-mana hadith sahih. Oleh sebab itu berlakunya Khilaf Ulama' tentang hukum bermain gitar ini.

Berikut adalah pendapat Ulama' Mazhab :

Imam Hanafi  : Haram bermain semua alat muzik kecuali kompang.
Imam Hambali : Haram bermain alat muzik yang bertali.
Imam Maliki : Haram bermain alat muzik yang bertali.
Imam Syafie : Haram bermain alat muzik yang bertali, ditiup dan dipalu kecuali kompang.

Disebabkan berlakunya perselisihan pendapat di kalangan ulama', maka disimpulkan bahawa hukum bermain alat muzik adalah HARUS kerana tidak ada dalil yang sahih mengenai pengharaman jenis alat-alat muzik. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam kitab beliau Al-Islam Wa Al-Fanu.

Namun hukum HARUS bermain gitar ini adalah bersandarkan pada beberapa SYARAT :
  1. Hanya untuk hiburan sendiri sahaja.
  2. Tidak bercampur dengan perkara yang haram seperti arak, zina dan sebagainya.
  3. Tidak dijadikan sumber pendapatan.
  4. Tidak melalaikan dan tidak menyebabkan orang lain lalai daripada tanggungjawab.
Oleh itu janganlah kita melemparkan hukum sesuka hati tanpa merujuk pada pendapat ulama' yang arif tentang hukum-hakam.

"katakanlah (wahai Muhammad) : Siapakah yang (berani ) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezki yang dikurniakanNya?"

(Al-A'raf :32)

***

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan yang buruk itu datang daripada khilaf saya sendiri. Wallahualam...

No comments:

Post a Comment