Bismillahirrahmanirrahim...
Sudah sering kita dengar barangkali bahawa Islam amat menitikberatkan perihal jihad dan mati syahid.
Daripada Abdullah bin Abu Aufa r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Syurga di bawah naungan pedang."
Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Tapi amat penting juga bagi kita untuk memahami konsep jihad yang sebenar. Jihad yang sering kita dengar adalah jihad memperjuangkan agama sehinnga ke titisan darah yang terakhir.
Daripada Abu Musa Al-Asy'ari, Nabi s.a.w. bersabda : "Siapa yang berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia berada di jalan Allah."
Daripada Abu Musa Al-Asy'ari, Nabi s.a.w. bersabda : "Siapa yang berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia berada di jalan Allah."
Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Mati yang dikatakan sebagai mati syahid adalah mati demi mempertahankan hak sebagai muslim. Sesiapa yang mati ketika mempertahankan hartanya, agamanya, nyawanya, dan nyawa ahli keluarganya juga adalah orang yang tergolong dalam kalangan syuhada.
Daripada Said bin Zaid r.a., Nabi s.a.w bersabda: "Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, ia adalah syahid."
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Sesiapa yang mati sedangkan ia belum berperang dan tidak pernah berbicara kepada dirinya tentang peperangan, nescaya ia mati di satu cabang nifak."

Hadith Riwayat Al-Tirmizi dan An-Nasa'i.
Sebagai umat Islam adalah wajib bagi kita untuk berniat mati syahid walaupun tidak berkesempatan. Kerana syahid adalah cita-cita besar bagi umat Islam.
Daripada Sahl bin Hunaif r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang bermohon kepada Allah agar ia syahid dengan niat yang sebenar, nescaya Allah akan menyampaikannya kepada kedudukan para syuhada sekalipun ia mati di tempat tidurnya."

Hadith Riwayat Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Sesiapa yang mati sedangkan ia belum berperang dan tidak pernah berbicara kepada dirinya tentang peperangan, nescaya ia mati di satu cabang nifak."
Hadith Riwayat Muslim.
Jadi marilah kita bersama, mulai hari ini tanamkan dalam diri kita satu semangat baru, semangat untuk menjadi syuhada dan semoga apa yang kita lakukan di dunia ini, diiringi oleh pahala jihad, insyaAllah.
Renung-renungkan..
Renung-renungkan..